Friday, July 20, 2018

RESEPI KETAM MASAK PEDAS


​*RESEPI KETAM MASAK PEDAS*​

Bahan-bahannya adalah seperti:

๐Ÿ“Ketam
๐Ÿ“1 Batang Serai
๐Ÿ“Daun limau purut 10 keping
๐Ÿ“Daun ketumbar segenggam
๐Ÿ“Cili api
๐Ÿ“Bawang merah
๐Ÿ“Bawang putih
๐Ÿ“Halia
๐Ÿ“Asam keping 1 (besar)
๐Ÿ“Serbuk kari 2 sudu
๐Ÿ“Cili giling 3 sudu
๐Ÿ“Paste cili thai 2 sudu
๐Ÿ“Gula & garam sedikit

Cara memasak adalah seperti:

๐Ÿ1. Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut dan potong.

๐Ÿ2. Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti.

๐Ÿ3. Dalam periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai hingga naik bau.

๐Ÿ4. Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian masukkan paste cili thai.

๐Ÿ5. Apabila sudah pecah minyak masukkan air rebusan ketam tadi.

๐Ÿ6. Kacau sehingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.

๐Ÿ7. Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.

๐Ÿ8. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi bersatu.

๐Ÿ9. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment