Friday, July 20, 2018

Resepi Gulai kerutub Ayam Kelantan



*RESEPI GULAI KERUTUB AYAM KELANTAN*

Bahan-bahan untuk kerutuk ayam :
Kuantiti untuk 1/2 ekor ayam. Boleh gandakan mengikut kesesuaian.

Bahan kisar

2 biji bawang merah saiz 50 sen
1 ulas bawang putih
1 batang serai saiz kecil
1/2 inci halia muda
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan rempah ketumbar
Tips : Sangai dahulu jintan manis dan ketumbar untuk dapatkan aroma masakan yang wangi.Untuk gulai kerutub tahan lama dan lambat basi, gunakan air seminima mungkin hanya untuk sekadar gerakkan mesin sahaja.


Bahan lain :

1/2 kilogram ayam beserta sedikit udang
1 jenis rempah tiga sekawang ( kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga
1/2 cawan minyak masak
3 sudu makan rempah kerutuk Kelantan ( boleh gunakan rempah kerutuk biasa juga )
2 sudu makan cili kisar
1 1/2 sudu makan santan pekat
1 cawan air kosong
1 sudu makan kerisik kelapa
1 sudu makan gula perang
Gula , garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan gulai kerutuk ini pula :

#1: Sediakan bahan kisar.Kisar lumat.Panaskan periuk dan masukkan minyak dalam anggaran 1/3 cawan minyak masak.Bila minyak panas mula tumiskan rempah tiga sekawan sehingga naik bau.Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi menggunakan api kecil ya.Tambah cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.

Apa kata cuba resepi kerutuk ayam ori Kelantan.Kami juga gunakan rempah kerutuk yang hanya dijual di atas Pasar Siti Khadijah Kelantan untuk masakan kerutuk ayam kali ini.Bukan hanya ayam,tapi udang,daging dan juga hati lembu boleh dibuat kerutuk tau.
#2: Ingat kita hanya gunakan api kecil untuk elakkan bahan tumis hangit dan seterusnya menjadi pahit.Masukkan rempah kerutuk dan tumis hingga pecah minyak.Jika terlalu kering selepas dikacau, itu tandanya minyak tidak cukup.Boleh tambahkan minyak.

Biar sehingga pecah minyak dan masukkan secawan air. Biarkan lagi hingga pecah minyak lagi.Barulah dimasukkan lauk pilihan.Biarkan selama 35 minit untuk ayam  masak dengan secukupnya.Kalau daging 40-45 minit ya.Pastikan periuk ditutup.

#3: Buka penutup dan pasti kuahnya bertambah banyak sebab air ayam itu sendiri dah turun.Sebab tu kita gunakan sedikit sahaja air.

Apa kata cuba resepi kerutuk ayam ori Kelantan.Kami juga gunakan rempah kerutuk yang hanya dijual di atas Pasar Siti Khadijah Kelantan untuk masakan kerutuk ayam kali ini.Bukan hanya ayam,tapi udang,daging dan juga hati lembu boleh dibuat kerutuk tau.
Masukkan kerisik,gula perang dan garam,gula,serbuk cukup rasa ikut pilihan rasa tekak anda untuk gulai kerutuk ni.Dan tambahkan santan.Kita hanya gunakan sedikit santan sahaja sebab kerutuk kita dah pekat hasil daripada bahan kisar tadi dan rempah itu sendiri.

#4: Biarkan gulai dengan tudung periuk terbuka dalam sekitar 20-30 minit lagi supaya makin sedap.Gunakan api kecil sahaja untuk mendidih kecil dan elakkan hangit.

Makan pula dengan timun dan sambal lada.Aduh sedapnya .Boleh la anda mencuba gulai kerutuk ini dengan resepi dan tips lengkap kami berikan.Selamat mencuba.

Apa kata cuba resepi kerutuk ayam ori Kelantan.Kami juga gunakan rempah kerutuk yang hanya dijual di atas Pasar Siti Khadijah Kelantan untuk masakan kerutuk ayam kali ini.Bukan hanya ayam,tapi udang,daging dan juga hati lembu boleh dibuat kerutuk tau.

No comments:

Post a Comment