Friday, July 20, 2018

RESEPI CARA BUAT TEMPOYAK



*RESEPI CARA BUAT TEMPOYAK*​

Bahan-bahan

πŸ“Isi durian dan garam kasar

Cara-cara

🐝1.    Isi durian yang telah diasingkan daripada bijinya kena lenyek halus..guna masher pon boleh.  Lepas tu campurkan dengan garam kasar..secukup rasa.  Ini kena main agak-agak pasal bila terkurang garam, tempoyak anda akan cepat berkulat..dan bila terlebih garam nanti masin sangat lah pula.  Oleh sebab itu, kena guna deria rasa anda sebaik yang mungkin semasa ‘merasa’ campuran isi durian dan garam.  Gaul rata-rata.  Campuran tadi kena toskan lagi semalaman sebab ini membolehkan cairan terasing daripada isinya..

🐝2.   Masukkan isi durian tadi ke dalam bekas berlubang halus dan letak besen dibawahnya. Tutup bekas dengan foil.  Biarkan seharian atas meja makan..  Ini membebaskan ‘gas’ durian.  Jadi bila anda simpan tempoyak dalam balang kaca, ianya tidak akan 'terburai'.(Ini pernah terjadi semasa saya pertama kali buat tempoyak durian).

No comments:

Post a Comment