Friday, July 20, 2018

RESEPI KETAM 3 RASA



*RESEPI KETAM TIGA RASA*​

Bahan-bahan:

πŸ“5 ekor ketam ~ dipotong 2 dan dibersihkan
πŸ“Sedikit kunyit serbuk
πŸ“Sedikit garam
πŸ“4 sb lada kering yang telah dimesin
πŸ“3 bj bawang putih ~ cincang halus
πŸ“4 tangkai cili padi ~ dihiris
πŸ“1 bj bawang besar ~ didadu
πŸ“1 tangkai lada merah ~ dihiris
πŸ“3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
πŸ“1 batang serai ~ dihiris halus
πŸ“1 bj buah tomato ~ didadu
πŸ“2 sb sos cili
πŸ“2 sb sos tiram
πŸ“Garam dan gula secukupnya

Caranya:

🐝1. Ketam diperap dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.

🐝2. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi dan keperangan.

🐝3. Masukkan lada yg dimesin, daun limau dan tumis hingga garing.

🐝4. Masukkan bahan lain dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air.

🐝5. Dah mendidih dan rasa dah ok, padamkan api. Jirus sos atas ketam yg digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment