Friday, July 20, 2018

RESEPI AYAM MASAK KURMA ALA REMPAH TANJONG


​*RESEPI AYAM MASAK KURMA ALA REMPAH TANJONG*​

Bahan-bahan

🍓Ayam 300gm
🍓Bawang merah – hiris halus
🍓Bawang putih – ketuk, hiris halus
🍓Halia – hiris halus
🍓Bawang dan halia kalau nak blend/tumbuk pun boleh
Pack kecik Rempah Tanjong 25gm + sedikit air dijadikan pes
🍓2 cawan air
🍓90 ml santan (saya pakai santan kotak jerr)
🍓Garam dan Gula secukup rasa
Sampingan
🍓Kentang – belah 4/6
🍓Carrot – potong ikut suka
🍓Cili merah
🍓Cili hijau
🍓Bawang merah – belah empat

Cara masak

🐝1- Tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga berbau wangi.

🐝2- kemudian masukkan rempah Kurma Tanjong yang dah dibancuh ngan air. Masak hingga keluar minyak.

🐝3- Masukkan ayam, air, kentang, carrot. Masak sehingga empuk.

🐝4- Selepas ayam dah empuk, masukkan santan. Kacau selalu hingga mendidih. dan kemudian rasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lalu masukkan cili merah, cili hijau dan bawang merah.

🐝5- Tutup api dan sedia dihidang….

No comments:

Post a Comment