Wednesday, July 22, 2020

Mee Bandung (anggaran untuk 500gram mee)🤤🤤🍲🍲🍤🍤🍤


Mee Bandung (anggaran untuk 500gram mee)🤤🤤🍲🍲🍤🍤🍤🍤

Bahan kisar:
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili kering 10 tangkai
Udang kering 4 sudu besar

Bahan lain:
Mee kuning 500gram
Tepung gandum 2 sudu besar (bancuh dengan air bagi cair)
Kacang tanah segenggam (goreng dan tumbuk)
Sayur sawi secukupnya
Daging/udang/sotong
Telur sebiji
Garam/gula/aji
Daun sup
Bawang goreng

Cara2:
✔Panaskan minyak. Tumis bahan kisar + gula sampai pecah minyak. Fungsi gula untuk mencantikkan warna merah kuah. 😀
✔Bila dah pecah minyak, masukkan daging dan kacang tanah. Kacau rata.
✔Kemudian masukkan air dalam 1 jug.
✔Bila dah mendidih, masukkan tepung yang telah dibancuh tadi.
✔Kemudian masukkan seafood kalau ada.
✔Kemudian masukkan sayur, daun sup dan bawang goreng. Masa ni pecahkan sebiji telur. Biarkan telur tu masak. Jangan dikacau supaya tak pecah.
✔Last sekali perasakan secukupnya dengan garam dan aji (jika mahu).
✔Sedia dihidang dengan mee kuning yang dah dicelur. Hiaslah dengan bawang goreng atau hirisan cili. Dah siap. 😁

Kredit resepi: Fazira Umairah.

#Share_for_everyone

No comments:

Post a Comment