Thursday, April 23, 2020

*Resepi Ayam Penyet Pedas bersama Kremes Rangup*


*Resepi Ayam Penyet Pedas bersama Kremes Rangup*


Mula2 kita buat sambal penyet berapi dulu ye..

Resepi Sambal Penyet Pedas Berapi

200gm cili api merah* ( boleh kurangkan cili api , dan lebihkan cili merah kalau tak suka pedas sgt)
3 biji cili merah *
2 biji tomato -dibelah2 kecil*
5 ulas bawang putih*
3/4 sudu besar belacan*
1/3 cawan ikan bilis yg dah siap goreng( dibuang perut & kepala terlebih dahulu)
Garam
Gula
Perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

- Panas kan sedikit minyak dalam kuali.. Goreng semua bahan2 bertanda sekali arung (*)

- Kemudian bila dah 80% layu semuanya angkat dan satu kan dengan ikan bilis goreng & lenyekkan @ tumbukkan dalam lesung.. (Saya guna lesung indon..teknik tenyeh2kan..😁)

- Bila dah 80% hancur tumis seketika dgn menggunakan kuali & minyak yg sama..

- Kacau2, perasakan dgn garam, gula & aji.. Lepas 5 minit tutup api dan angkat..siap..

Selepas itu boleh laa kita teruskan dgn penyediaan ayam pula..

Untuk Ayam:

Bahan2 A:
1 ekor ayam kampung-  bersihkan, kerat 4 ( kalau takde ayam kg boleh guna ayam biasa tapi kalau boleh size agak kecil ye)
2 batang serai- ketuk
2 helai daun salam- guna yg kering pun boleh
1 keping hirisan lengkuas- ketuk
1 kiub pati ayam
Garam
Ajinomto
1 liter air

Bahan2 B (kisar  halus):
7 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar biji ketumbar
5 biji buah keras

Cara2:

- Perap ayam dgn bahan2 kisar terlebih dahulu.. Perap dalam 1-2jam.. Selepas cukup masa perapan sediakan periuk yg sesuai dan satukan semua bahan2 A dan bahan2 B dalam periuk tersebut dan rebus ayam hingga ayam masak.. Anggaran masa merebus dalam 20min..

- selepas 20min tutup api.. Angkat ayam dan toskan.. Air rebusannya jgn buang ye.. Tapiskan.. Ketepikan air rebusan, sbb nanti air rebusan ni kita nak guna untuk buat kremes pula..

- Sediakan kuali dgn minyak yg agak banyak.. Panaskan.. Goreng ayam hingga garing.. Angkat ketepikan..

Penyediaan Kremes:

4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 biji kuning telur
700ml air rebusan ayam yg telah di tapis tadi
(Bahan perasa tak perlu ye sbb air rebusan ayam tadi dah cukup rasa semua..)


Cara2:

- satukan semua & kacau sebati..

- adunan ini mmg sangat cair..jgn panik pulak ye.. Kalau pekat kremes nya takkan menjadi..

- Panaskan kuali dengan minyak (minyak banyak) bekas gorengan ayam tadi.. Bila minyak dah panas curahkan 1 senduk (senduk kuah ) adunan.. Jgn risau, curah je mcm biasa, tak perlu ada teknik mencurah, sebab mmg adunan automatik akan kelihatan bersarang bila masuk dalam minyak gorengan.. Biarkan je seketika...Tak perlu kacau sehinggalah adunan 3/4 garing baru di kacau supaya garingnya sekata.. Bila dah sekata garing & berwarna keperangan bolehlah diangkat.. Letak dalam penapis gorengan terlebih dahulu supaya minyaknya betul2 tos.. Seterusnya teruskan menggoreng kremes hingga adunan habis..

- Jangan susah hati pulak masa2 mula angkat ianya kelihatan lembut sbb bila dah semakin sejuk kremes ni akan jadi semakin garing & sangat rangup kruk krak.. Hehehe..

- bila dah sejuk boleh laa ramas2kan dan taburkan diatas ayam goreng tadi setelah ayam dipenyetkan..😊


Bahan2 pelengkap menu:
Nasi putih
Terung bakar/goreng
Tempe goreng
Tauhu goreng
Salad
Timun
Tomato

#Just_say_Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment