Friday, April 10, 2020

Jom cuba *Kek Marble Jelita viral*


*Kek Marble Jelita viral*

Bahan A :

5 biji putih telur (kuning telur diasingkan)
50 gram gula kastor

Bahan B :

5 biji kuning telur (putih telur diasingkan)
250 gram marjerin (jenama Pelangi)
200 gram gula kastor
1 sudu esen vanila

Bahan C :

200 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
1 sudu kecil serbuk penaik
50 ml susu segar
Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Gabungkan putih telur dan gula. Pukul sehingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk lain, gabungkan gula, marjerin, kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang. (Jika anda mahu, anda juga boleh menambah 1 sudu besar ovalet.)

3. Seterusnya, ayakkan tepung ke dalam adunan.

4. Masukkan pula susu segar secara berselang seli dengan tepung.

5. Apabila adunan sudah sebati, gaulkan putih telur yang dipukul menggunakan senduk dengan perlahan. Gaul sehingga sebati.

6. Kemudian, agihkan adunan kepada 4 bahagian. Guna warna terang dan kontras seperti merah, biru, hijau untuk mendapatkan hasil yang cantik.

7. Griskan loyang dengan mentega dan kertas minyak.

8. Lapiskan adunan mengikut warna yang berbeza. Mulakan dengan warna merah jambu, biru dan hijau. Simpankan separuh adunan untuk dicorakkan di atas kek.

9. Ratakan adunan warna hijau di atas kek. Kemudian, sudukan adunan warna merah jambu dan hitam di setiap penjuru dan warna biru di tengah.

10. Sebelum mula menghias kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada 180°C.

11. Dengan menggunakan lidi, corakkan adunan dengan menggabungkan warna-warna.

12. Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar pada 150°C hingga 160°C selama 50 minit hingga 1 jam.

Apabila Kek Marble Jelita sudah siap, inilah hasilnya. Gebu dan memang cantik memandang !

#Just_say_Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment